وَاتَّقُوا يَوْمًا لَا تَجْزِي نَفْسٌ عَنْ نَفْسٍ شَيْئًا وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا عَدْلٌ وَلَا تَنْفَعُهَا شَفَاعَةٌ وَلَا هُمْ يُنْصَرُونَ
Dan takutlah kamu kepada suatu hari di waktu seseorang tidak dapat menggantikan seseorang lain sedikitpun dan tidak akan diterima suatu tebusan daripadanya dan tidak akan memberi manfaat sesuatu syafa'at kepadanya dan tidak (pula) mereka akan ditolong. Tafsir Jalalin : (Dan takutlah kamu akan) (suatu hari di waktu tidak dapat menggantikan) (seseorang atas orang yang lainnya) padanya (sedikit pun dan tidak diterima suatu tebusan darinya) (dan tidak akan memberi manfaat kepadanya suatu syafaat dan tidak pula akan ditolong) atau dihindarkan dari azab Allah. Maksudnya: dosa dan pahala seseorang tidak dapat dipindahkan kepada orang lain. Celik Tafsir - Dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikit pun, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan, dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat; dan orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab sengsara). - Pengajaran Ayat : Ayat ini memperingatkan orang-orang yang beriman agar selalu menjaga diri dari azab hari Kiamat dengan melaksanakan semua perintah dan menghentikan larangan Allah.
-----------------
ReplyDeleteيَوْمًا
-----------------
Hari tersebut ialah Hari Kebangkitan Semula Setelah Mati , Hari Akhirat, Hari Perhimpunan Manusia di Padang Mahsyar. Pada hari tersebut manusia berbaris-baris Nafsi Nafsi kecut perut menanti nasib diri di audit diadili di hadapan Allah
-----------------
Jika seseorang itu Kafir Menentang Allah & Rasulnya
4 Perkara Ini Akan berlaku di Akhirat
------------------
[ 1 ]- Seseorang itu tidak boleh terlepas dari azab Allah dengan menggantikan dirinya dengan diri orang lain ( لا تجزي نفس عن نفس شيئا )
------------------
[ 2 ]- Tidak diterima daripadanya apa2 tebusan untuk elak dirinya diazab walau dengan segunung emas ( لا يُقْبَلُ منها عدل )
-------------------
[ 3 ] - Tiada berguna baginya Syafaat ( Pertolongan ) krn Syafaat tidak diberikan kepada orang-orang yang kafir ( ولا تَنْفَعُهَا شَفَاعَةٌ )
-------------------
[ 4 ] - Mereka tidak mendapat apa2 pertolongan. Tiada siapa yang ingin menolong mereka. ( وَلاَ هُمْ يُنْصَرُونَ )
--------------------
TAMAT
--------------------
Hari yang dimaksudkan adalah Hari Kiamat, Hari Akhirat, Hari Pembalasan. Hari itu pasti akan datang. Kena bersedia untuk menghadapi hari itu kerana hari itu nanti akan meresahkan semua orang. Ini kerana pada waktu itu nanti segala amal kita akan dinilai. Entah kita selamat, entahkan tidak.
Delete------------------------
ReplyDeleteلَّا تَجْزِي نَفْسٌ عَنْ نَّفْسٍ شَيْئًا
------------------------
Waktu itu, tidak ada sesiapa pun boleh membantu sesiapa. Anak beranak pun tidak boleh tolong. Suami isteri pun tidak boleh tolong sesama sendiri. Guru tidak boleh bantu anak murid. Kawan tidak boleh bantu kawan. Pada hari itu, semuanya bergantung kepada amalan sendiri. Jadi, kalau ada yang berangan yang mereka itu daripada keturunan yang mulia, daripada keturunan para Nabi dan orang-orang soleh, janganlah berangan lagi kerana waktu itu tidak ada sesiapa pun boleh membantu mereka.
---------------------
ReplyDeleteوَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا عَدْلٌ
---------------------
Mereka tidak boleh rasuah Allah ﷻ. Allah ﷻ tidak perlukan apa-apa daripada kita. Jadi apa yang kita hendak tawarkan kepada Allah ﷻ sebagai rasuah? Namun timbul pula persoalan: Adakah terdapat manusia yang cuba untuk merasuah Allah ﷻ? Benda apa yang mereka hendak beri kepada Allah ﷻ sedangkan mereka tidak punya apa-apa lagi pada waktu itu? Harta kekayaan semua di dunia sahaja dan dunia sudah hancur. Rupa-rupanya mereka akan tawarkan orang lain untuk dimasukkan ke dalam neraka. Mereka tawar anak mereka, ibubapa mereka, kawan-kawan mereka, sesiapa sahaja – asalkan mereka tidak masuk neraka. Begitulah yang akan terjadi nanti. Nauzibillah! Semoga kita diselamatkan nanti.
-------------------------
ReplyDeleteوَلَا تَنْفَعُهَا شَفَـٰعَةٌ
-------------------------
Tidak akan bermanfaat syafaat daripada sesiapa sahaja jikalau mereka telah kufur dan rosak akidah. Mereka pun tidak mendapat syafaat walaupun mereka itu telah meminta-minta daripada penyampai syafaat (seperti Nabi Muhammad ﷺ).
Banyak manusia yang salah faham tentang syafaat. Umat Islam sekarang ramai yang sangka mereka akan mendapat syafaat daripada Nabi Muhammad ﷺ. Sebab itu mereka memuja-muja baginda – dengan pujaan ‘ya Hanana’ dan macam-macam lagi. Tetapi pemujaan mereka itu tidak akan membolehkan mereka mendapat syafaat pun. Ini kerana bukan Nabi yang membuat keputusan siapakah yang boleh diberikan syafaat. Sebenarnya Allah ﷻ yang menentukan siapa yang boleh diberi syafaat – Nabi hanya ‘menyampaikan’ sahaja syafaat itu. Kalau seseorang manusia itu telah melakukan syirik kerana mereka tidak faham apa itu syirik, maka mereka tidak akan langsung ada peluang untuk mendapat syafaat.
--------------------------
ReplyDeleteوَلَا هُمْ يُنْصَرُونَ
--------------------------
Kalau sekiranya mereka engkar daripada mengamalkan ajaran Tauhid, tidak akan ada sesiapa pun yang akan dapat menolong mereka. Golongan Yahudi sangka, mereka golongan terpilih, maka mereka sangka mereka akan diselamatkan. Allah ﷻ hendak beritahu dalam ayat ini, tidak sama sekali mereka akan diberikan pertolongan dari mana-mana arah pun.
Hari itu tidak seorang pun dapat menggantikan atau membela orang lain sedikit pun.
ReplyDeletePada hari itu, tebusan dalam bentuk apa pun untuk menghindari siksa tidak akan diterima,
ReplyDeletePada Hari itu - bantuan maupun perantara tidak berguna baginya,
ReplyDeletePada hari itu - mereka tidak akan ditolong.
ReplyDeletePada hari itu seseorang tidak dapat menolong orang lain menghindari diri dari azab Allah, tiap-tiap orang bertanggung jawab atas segala perbuatan yang pernah dilakukannya. Seseorang tidak dapat menebus dosanya dengan harta apa pun, dan seseorang tidak dapat menggantikan orang lain memikul azab.
ReplyDelete-----------------------
ReplyDeleteHuru Hara Padang Mahsyar
-----------------------
Bermula Dgn Kebangkitan Semula
-----------------------
Diingat bahawa masa akan bermula dari ketika manusia bangkit dari kubur pergi ke Padang Mahsyar menghadiri perbicaraan dan hukuman Tuhan Rabbul ‘Alamin, sehingga ke waktu syurga atau Neraka, mengikut hukuman Tuhan Maha Adil, ialah masa hari kiamat yang terbesar, masa yang huru-hara di dalam al-Quran al-Karim.
-------------------
DeleteNabi Orang Pertama Bangkit Dari Kubur
-------------------
أنا سَيِّدُ ولَدِ آدَمَ يَومَ القِيامَةِ، وأَوَّلُ مَن يَنْشَقُّ عنْه القَبْرُ، وأَوَّلُ شافِعٍ وأَوَّلُ مُشَفَّعٍ. - الراوي : أبو هريرة | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم - الصفحة أو الرقم: 2278 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]
-------------------
أنا سيدُ ولدِ آدمَ ولا فخر وأنا أولُ من تنشقُّ الأرضُ عنه يومَ القيامةِ ولا فخر وأنا أولُ شافعٍ وأولُ مشفَّعٍ ولا فخر ولواءُ الحمدِ بيدي يومَ القيامةِ ولا فخرَ - الراوي : أبو سعيد الخدري | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح ابن ماجه | الصفحة أو الرقم : 3496 | خلاصة حكم المحدث : صحيح
--------------------
وأخبَرَ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ أنَّه أوَّلُ مَن يَنشَقُّ عنه القَبرُ، فيكونُ أَوَّلَ مَن يُبعَثُ مِن قَبرِه ويَحضُرُ في المحشَرِ،
--------------------
------------------------
ReplyDeleteManusia Berhimpun Di Padang Mahsyar
------------------------
واما الحشر في الاخرة فيكون بعد النفخ، ويكون على أرض أخرى غير هذه الأرض، كما قال تعالى: يَوْمَ تُبَدَّلُ الْأَرْضُ غَيْرَ الْأَرْضِ وَالسَّمَاوَاتُ وَبَرَزُوا لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ {إبراهيم:48}، وقد حدثنا الرسول صلى الله عليه وسلم عن صفة هذه الأرض الجديدة التي يكون عليها الحشر، ففي صحيحي البخاري ومسلم عن سهل بن سعد قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: يحشر الناس يوم القيامة على أرض بيضاء عفراء كقرصة النقي " قال سهل أو غيره: " ليس فيها معلم لأحد.
-------------------------
Dari sahl binSa’id As-Sa’idiy r. a dari Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam, yang bersabda : “Tuhan akan himpunkan semua manusia pada hari kiamat di atas satu bumi yang putih kemerah-merahan seperti sebiji roti gandumputih yang baharu di bakar, bumi yang suci bersih tidak ada padanya gunung-ganang atau bukit bukau dan tidak pula ada padanya sebarang tanda atau kesan yang menunjukkan bahawa bumi itu pernah diduduki atau dimiliki orang” (Riwayat : Bukhari & Muslim)
-------------------------
--------------------------
ReplyDeletePerhimpunan Raksasa Semua Yang Terlibat Dgn Perbicaraan
--------------------------
Perhimpunan di bumiyang tersebut adalah satu perhimpunan raksasa yang mengandungi Rasul-rasul, Malaikat-malaikat, Jin, Syaitan, haiwan dan mana-mana yang berkenaan dengan perbicaraan yang akan diadakan oleh Allah : Hakim yang Maha Adil. (Dinyatakan di dalam surah al-Nisa’, surah al-An’am, surah Mariam, dan surah al-Furqan.
-----------------------
ReplyDeletePendakwaan Di Akhirat - Burung Pun Mengadu Dizalimi
-----------------------
عن عمرو بن الشريد، قال: سمعت الشريد يقول: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: " من قتل عصفورا عبثا، عج إلى الله عز وجل يوم القيامة منه يقول: يا رب إن فلانا قتلني عبثا، ولم يقتلني لمنفعة "
-----------------------
روائع البيان والتفسير:
ReplyDelete• ﴿ وَاتَّقُوا يَوْماً لا تَجْزِي نَفْسٌ عَنْ نَفْسٍ شَيْئاً ﴾ قال ابن كثير في تفسير الآية قوله ما مختصره: لما ذكرهم الله تعالى بنعمه أولا عطف على ذلك التحذير من حُلُول نقمه بهم يوم القيامة فقال: ﴿ وَاتَّقُوا يَوْمًا ﴾ يعني: يوم القيامة ﴿ لا تَجْزِي نَفْسٌ عَنْ نَفْسٍ شَيْئًا ﴾ أي: لا يغني أحد عن أحد كما قال: ﴿ وَلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى ﴾ [الأنعام: 164]، وقال: ﴿ لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ ﴾ [عبس: 37]، وقال ﴿ يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ وَاخْشَوْا يَوْمًا لا يَجْزِي وَالِدٌ عَنْ وَلَدِهِ وَلا مَوْلُودٌ هُوَ جَازٍ عَنْ وَالِدِهِ شَيْئًا ﴾ [لقمان: 33]، فهذه (2) أبلغ المقامات: أن كلا من الوالد وولده لا يغني أحدهما عن الآخر شيئاً .اهـ[2].
-------------------
ReplyDeleteلا تزر وازرة وزر أخرى
------------------
Masing2 pikul dosa sendiri
------------------
قُلْ أَغَيْرَ اللَّهِ أَبْغِي رَبًّا وَهُوَ رَبُّ كُلِّ شَيْءٍ ۚ وَلَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلَّا عَلَيْهَا ۚ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُمْ مَرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
------------------
Katakanlah: "Apakah aku akan mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia adalah Tuhan bagi segala sesuatu. Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan".
------------------
--------------------
ReplyDeleteلِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ
--------------------
(Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya) yakni keadaan yang membuatnya tidak mengindahkan hal-hal lainnya, atau dengan kata lain setiap orang pada hari itu sibuk dengan urusannya masing-masing. - Surah Abasa : 37
--------------------
----------------------
ReplyDelete3 Fakta Padang Mahsyar
----------------------
[ 1 ] - Tidak Berpakaian - Di Padang mahsyar Manusia Tidak berpakaian
----------------------
عن عائشةَ، رضي اللَّه عنها، قَالَتْ: سمعتُ رَسُول اللَّه ﷺ، يقول: يُحْشَرُ النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حُفَاةً عُراةً غُرْلًا قُلْتُ: يَا رَسُول اللَّه الرِّجَالُ وَالنِّسَاءُ جَمِيعًا يَنْظُرُ بَعْضُهُمْ إِلى بَعْضٍ،؟ قَالَ: يَا عَائِشَةُ الأَمرُ أَشَدُّ مِنْ أَنْ يُهِمَّهُم ذلكَ.
----------------------
Aisyah berkata, 'Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Manusia akan dikumpulkan pada Hari Kiamat dalam keadaan tanpa alas kaki, telanjang tanpa pakaian, dan tanpa disunat.' Lantas, aku bertanya, 'Wahai Rasulullah, apa laki-laki dan perempuan memandang satu sama lain?' Rasulullah menjawab, 'Wahai Aisyah, masalah yang akan dihadapi lebih penting dari sekadar melihat satu dengan yang lain' (muttafaq 'alaih). - Cemasnya Setiap Orang pd hari itu menunggu keputusan Allah atas diri masing2.
------------------------
[ 2 ] - Matahari didekatkan
------------------------
تُدْنَى الشَّمْسُ يَومَ القِيَامَةِ مِنَ الخَلْقِ حتَّى تَكُونَ مِنْهُمْ كَمِقْدَارِ مِيل فَيَكُونُ النَّاسُ عَلَى قَدْرِ أَعْمَالِهمْ في العَرَقِ
------------------------
“Pada Hari Kiamat, matahari didekatkan kepada seluruh makhluk hingga berjarak satu mil di atas kepala mereka, lalu seluruh manusia akan tergenang dalam peluh mereka berdasarkan kadar amalan mereka di dunia.” (HR Muslim).
-------------------------
Orang beriman diringankan
------------------------
Rasulullah bersabda, “ Allah SWT berfirman: يَوْمَ يَقُوْمُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَمِيْنَ “Pada hari manusia bangkit menghadap Allah Tuhan Semesta Alam.” (QS Al Muthaffifin: 6)
مِقْدَارَ نِصْفِ يَوْمٍ مِنْ خَمْسِيْنَ أَلْفَ سَنَةٍ فَيُهَوِّنُ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِ كَتَدَلِّي الشَّمْسِ لِلْغُرُوْبِ إِلىَ أَنْ تَغْرُبَ
“Pada hari manusia bangkit menghadap Allah Rabbul ‘alamin (Al Muthaffifin: 6), selama setengah hari (dari satu hari yang kadarnya) lima puluh ribu tahun. Maka diringankan bagi orang mukmin (sehingga lamanya) seperti matahari menjelang terbenam sampai terbenam.”
-------------------------
[ 3 ] - Adanya Payung / Naungan Allah
-------------------------
-----------------------
ReplyDelete7 Golongan Yang Dinaungi Allah di Padang Mahsyar
-----------------------
سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ في ظِلِّهِ يَوْمَ لا ظِلَّ إلَّا ظِلُّهُ: إِمامٌ عادِلٌ، وشابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ اللَّه تَعالى، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌفي المَسَاجِدِ، وَرَجُلانِ تَحَابَّا في اللَّه: اجتَمَعا عَلَيهِ، وتَفَرَّقَا عَلَيهِ، وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ، وَجَمَالٍ فَقَالَ: إِنِّي أَخافُ اللَّه، ورَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فأَخْفَاها، حتَّى لا تَعْلَمَ شِمالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينهُ، ورَجُلٌ ذَكَرَ اللَّه خالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ
-----------------------
Rasul SAW bersabda: “Ada tujuh golongan yang akan dinaungi Allah dengan naungan 'Arsy-Nya pada hari di mana tak ada naungan kecuali naungan- Nya. (Yaitu) pemimpin yang adil; pemuda yang tumbuh dalam beribadah kepada Tuhannya; orang yang hatinya terpaut pada masjid; dua orang yang saling mencintai karena Allah sehingga berkumpul dan berpisah karena Allah; lelaki yang diajak (berzina) oleh seorang yang berkedudukan lagi cantik, lalu ia berkata, 'Sungguh aku takut kepada Allah'; orang yang bersedekah lalu merahasiakannya hingga tangan kirinya tak tahu apa yang diinfakkan tangan kanannya; orang yang berzikir kepada Allah kala sunyi, lalu bercucuran air matanya (HR Bukhari).
----------------------
------------------------
ReplyDeleteNabi Ibrahim Orang Pertama Diberi Pakaian
------------------------
Menurut Imam Syamsuddin Al-Qurthubi dalam Kitab At-Tadzkirah, Nabi Ibrahim AS menjadi orang yang pertama kali diberikan pakaian karena ia lebih hebat rasa takutnya kepada Allah SWT, sehingga pakaian tersebut didahulukan kepadanya supaya dia segera tenang dan tentram hatinya.
-------------------------
Kemungkinan lainnya, kata Imam Syamsuddin Al-Qurthubi, karena menurut sebuah hadits Nabi Ibrahim AS adalah orang yang pertama-tama diperintahkan memakai celana jika hendak salat agar lebih rapat menutupi aurat dan menjaga jangan sampai kemaluannya menyentuh tempat salat dan Nabi Ibrahim AS pun menjalankan perintah itu. Sehingga, ia mendapat balasan dengan hal yang sama ketika di akhirat.
--------------------------
Pendapat lainnya menyebut, alasan mengapa Nabi Ibrahim AS diberikan pakaian pertama kali berkaitan dengan kisah saat Nabi Ibrahim AS dilemparkan dalam kobaran api saat membela agama Allah SWT dan orang-orang pada waktu itu telah menelanjanginya di depan orang banyak. Sehingga, Allah SWT memberikan balasan dengan memberikan pakaian terlebih dulu padanya.