Wednesday, 24 May 2023

Mutaffifin Ayat 18 - Kitab al-Abrar di Illiyyin / 'Illiyyin ( عِلِّيِّين )

كَلَّآ إِنَّ كِتَٰبَ ٱلْأَ بْرَارِ لَفِى عِلِّيِّينَ
Artinya: Sekali-kali tidak, sesungguhnya kitab orang-orang yang berbakti itu (tersimpan) dalam 'Illiyyin. / Ingatlah Wahai Manusia! Sesungguhnya " Kitab suratan Amal " orang-orang yang berbakti mentaati Allah dan melakukan amal kebajikan adalah ( didaftarkan ) dalam 'Illiyyin. / No! Indeed, the record of the righteous is in ‘illiyyūn.

7 comments:

  1. -----------------------
    Kitab Catitan Amal Orang Yang Abrar diangkat ke tempat yang tinggi ( 'Illiyyin )
    -----------------------
    Sebaliknya, kitab amal orang-orang yang berbakti itu berada di Illiyyin, satu tempat yang mulia. Illiyyin dari katadasar ع ل و yang bermaksud ‘tinggi’, jadi ia memberi isyarat yang kitab itu di tempat yang tinggi dan mulia. Semakin tinggi, semakin baik. Kitab amalan orang baik itu akan dijaga oleh malaikat yang tinggi. Dan roh orang yang berbakti berada di tempat yang tinggi. Roh mereka akan dinaikkan ke kedudukan yang tinggi.

    ReplyDelete
  2. ------------------------
    Beberapa Pandangan Ulama' Tentang 'Illiyyin
    ------------------------
    [ 1 ] - Illiyyin terletak di Langit ke 7 yang menempatkan Arwah Orang2 Yang Beriman manakala Sijjin ( سِجِّين ) terletak dilapisan bumi ke 7 yang menempatkan Arwah orang2 yang Kafir
    ------------------------
    Al-A’masy telah meriwayatkan dari Syamir ibnu Atiyyah, dari Hilal ibnu Yusaf yang mengatakan, bahawa Ibnu Abbas رضي الله عنها pernah bertanya kepada Ka’b رضي الله عنه yang saat itu aku (Hilal ibnu Yusaf) hadir, tentang makna Sijjin. Maka Ka’b رضي الله عنه menjawab bahawa Sijjin terletak di bumi lapis yang ketujuh, di dalamnya tersimpan arwah orang-orang kafir. Ibnu Abbas رضي الله عنها pun bertanya lagi kepada Ka’b رضي الله عنه tentang ‘Illiyyin, maka Ka’b رضي الله عنه pun menjawab bahawa ‘Illiyyin terletak di langit yang ketujuh, di dalamnya tersimpan arwah orang-orang mukmin. Hal yang sama dikatakan pula bukan hanya oleh seorang ulama, bahawa sesungguhnya ‘Illiyyin itu terletak di langit yang ketujuh.

    ReplyDelete
  3. -------------------------
    Pendapat 2 - Illiyyin ialah di dalam Syurga
    -------------------------
    Ali ibnu Abu Talhah telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas رضي الله عنها sehubungan dengan makna firman-Nya: Sekali-kali tidak, sesungguhnya kitab orang-orang berbakti itu (tersimpan) dalam ‘Illiyyin. (Al-Muthaffifin: 18) Yakni di dalam syurga.

    ReplyDelete
  4. -------------------------
    Pendapat 3 - Langit Di sisi Allah
    -------------------------
    Menurut riwayat lain dari Ibnu Abbas رضي الله عنها yang dikemukakan oleh Al-Aufi, catatan amal perbuatan mereka berada di langit di sisi Allah ﷻ. Hal yang sama dikatakan oleh Ad-Dahhak رحمه الله.

    ReplyDelete
  5. ------------------------
    Pendapat 4 - Kaki 'Arasy Sebelah Kanan
    ------------------------
    Qatadah رضي الله عنه mengatakan bahwa ‘Illiyyun adalah kaki’ Arasy yang sebelah kanan.

    ReplyDelete
  6. ----------------------
    Pendapat 5 - Dekat Sidratil Muntaha
    ----------------------
    Selain Qatadah رضي الله عنه mengatakan bahwa ‘Illiyyin berada di dekat Sidratul Muntaha.

    ReplyDelete
  7. Wallahu 'Alam .... Allahu a’lam. Itu adalah beberapa pendapat yang ada. Oleh kerana ianya adalah perkara ghaib, maka kita tidak dapat kepastian melainkan kalau ada dalil yang sahih. Maka ia menjadi satu rahsia lagi bagi kita. Namun semua pendapat2 tadi menunjukkan bahawa 'Illiyyin berada di tempat yang tinggi dan mulia.

    ReplyDelete