Mulanya peristiwa ini, di antara para Mufassirin (ahli Tafsir ) meriwayatkan bahawa pada satu hari Saidina Umar Ibnul Khattab (r.a.) berpergian ke ladang yang terletak di hulu (di luar) Madinah. Dalam perjalanannya, ia melalui kediaman (tempat mengaji) orang Yahudi sambil singgah bercakap-cakap dengan mereka di sana. Tiba-tiba salah seorang di antara mereka dalam perbualan itu berkata: " Ya Umar! Tak ada seorang pun sahabat-sahabat Muhammad itu yang kami kasihi melebihi kasih kami kepada engkau, kami berharap benar supaya engkau berpihak kepada kami." Dijawab oleh Saidina Umar dengan tegas: " Kedatanganku ke sini bukanlah menandakan kasihku kepada kamu, atau pun hendak mengendeng-ngendeng disebabkan aku dengan agamaku telah mula ragu-ragu. Tidak, kedatanganku ialah untuk meluaskan lagi pengetahuanku tentang pengajaran Muhammad (s.a.w.) dan supaya dapat melihat sendiri tanda dan bukti yang tersimpan di dalam kitab Taurat kamu. Kemudian mereka bertanya pula kepada Saidina Umar " Siapakah teman Muhammad itu dan dari golongan Malaikat yang mana yang datang kepadanya?". Jawab Saidina Umar:" Malaikat Jibril namanya. " Mereka berkata pula: "Oh, Jibril itu seteru kami. Dialah yang membocorkan rahsia kami, sehingga diketahuoi oleh Muhammad. Dialah yang membawa seksa, yang membuat kebinasaan dan kesusahan. Tetapi kalau Malaikat Mikail, memang baik, dia membawa kemakmuran dan ketenteraman.". Ujar Saidina Umar pula:" Kamu pun tahu Malaikat Jibril, tapi kamu ingkari pula Muhammad (s.a.w.). Mereka menjawab: " Ya sudah tentu". Berkata pula Umar"" Apa yang kamu ketahui tentang malaikat Jibril dan malaikat Mikail tentang kedudukannya di sisi Allah?". Mereka menjawab:" Jibril itu di kanan Allah, Mikail di kiri Allah dan malaikat Mikail itu seteru kepada Jibril." Maka berkata pula Saidina Umar:" Aku naik saksi, barangsiapa menjadi seteru kpd salah satu daripada kedua-dua malaikat tadi, adalah ia seteru kepada kedua-dua sekali. dan barangsiapa menjadi seteru kepada kedua-duanya adalah seteru (musuh) kepada Allah." Lalu Saidina Umar pun beredar pulang menemui Rasulullah SAW. Belum pun ia sampai ke sana, telah didahului oleh Jibril a.s. yang membawa wahyu Tuhan. Itulah ayat 97 tadi, untuk disampaikan kepada Rasulullah SAW..
---------------------- Sebab Yahudi anggap Jibril seteru mereka ---------------------- Ternyata, yang menjadi sebab orang Yahudui menganggap Jibril seteru mereka kerana Jibril membawa wahyu kpd Muhammad SAW, tidak kepada mereka. Sedang mereka sangat-sangat mengharap, Nabi akhir zaman yang dibawakan wahyu oleh Jibril itu mestinya daripada golongan mereka, kaum Yahudi keturunan Bani Israel juga. Oleh kerana mereka kecewa, lalu Malaikat Jibril pun dimusuhinya
Kita juga telah mengikuti peristiwa yang telah berlaku di antara Saidina Umar Inul Khattab r.a. dengan orang-orang Yahudi. ketika mereka memperkatakan malaikat Jibril dan malaikat Mikail. Orang-orang Yahudi itu mensifatkan malaikat Jibril sebagai membawa bencana, sdg malaikat Mikail membawa bahagia. Oleh itu, malaikat Jibril mereka musuhi dan malaikat Mikail pula mereka puji.
Dakwaan sperti itu telah disangkal oleh Saidina Umar dengan mengatakan " Barangsiapa menjadi seteru kepada salah satu daripada kedua-dua malaikat tadi, adalah seteru kepada kedua-duanya sekali. Dan barangsiapa menjadi seteru kepada keduanya, adalah ia seteru (musuh) kepada Allah. " Berbetulan dengan apa yang dihujjahkan oleh Saidina Umar itu, maka turunlah wahyu Allah yang dibawa oleh Malaikat Jibril a.s. kepada Nabi SAW sebelum Saidina Umar sampai di hadapan Nabi - wahyu yang membenarkan hujjah Saidina Umar dan menyalahkan pendapat orang-orang Yahudi yang keliru itu. Demikian menurut riwayat tentang sebab ayat 97 al-Baqarah ini diturunkan.
Ayat 97 ini diturunkn untuk menjawab dan menafikan dakwaan orang-orang Yahudi yang mengatakan bahawasanya malaikat Jibril itu adalah seteru mereka.
ReplyDeleteMulanya peristiwa ini, di antara para Mufassirin (ahli Tafsir ) meriwayatkan bahawa pada satu hari Saidina Umar Ibnul Khattab (r.a.) berpergian ke ladang yang terletak di hulu (di luar) Madinah. Dalam perjalanannya, ia melalui kediaman (tempat mengaji) orang Yahudi sambil singgah bercakap-cakap dengan mereka di sana. Tiba-tiba salah seorang di antara mereka dalam perbualan itu berkata: " Ya Umar! Tak ada seorang pun sahabat-sahabat Muhammad itu yang kami kasihi melebihi kasih kami kepada engkau, kami berharap benar supaya engkau berpihak kepada kami." Dijawab oleh Saidina Umar dengan tegas: " Kedatanganku ke sini bukanlah menandakan kasihku kepada kamu, atau pun hendak mengendeng-ngendeng disebabkan aku dengan agamaku telah mula ragu-ragu. Tidak, kedatanganku ialah untuk meluaskan lagi pengetahuanku tentang pengajaran Muhammad (s.a.w.) dan supaya dapat melihat sendiri tanda dan bukti yang tersimpan di dalam kitab Taurat kamu. Kemudian mereka bertanya pula kepada Saidina Umar " Siapakah teman Muhammad itu dan dari golongan Malaikat yang mana yang datang kepadanya?". Jawab Saidina Umar:" Malaikat Jibril namanya. " Mereka berkata pula: "Oh, Jibril itu seteru kami. Dialah yang membocorkan rahsia kami, sehingga diketahuoi oleh Muhammad. Dialah yang membawa seksa, yang membuat kebinasaan dan kesusahan. Tetapi kalau Malaikat Mikail, memang baik, dia membawa kemakmuran dan ketenteraman.". Ujar Saidina Umar pula:" Kamu pun tahu Malaikat Jibril, tapi kamu ingkari pula Muhammad (s.a.w.). Mereka menjawab: " Ya sudah tentu". Berkata pula Umar"" Apa yang kamu ketahui tentang malaikat Jibril dan malaikat Mikail tentang kedudukannya di sisi Allah?". Mereka menjawab:" Jibril itu di kanan Allah, Mikail di kiri Allah dan malaikat Mikail itu seteru kepada Jibril." Maka berkata pula Saidina Umar:" Aku naik saksi, barangsiapa menjadi seteru kpd salah satu daripada kedua-dua malaikat tadi, adalah ia seteru kepada kedua-dua sekali. dan barangsiapa menjadi seteru kepada kedua-duanya adalah seteru (musuh) kepada Allah." Lalu Saidina Umar pun beredar pulang menemui Rasulullah SAW. Belum pun ia sampai ke sana, telah didahului oleh Jibril a.s. yang membawa wahyu Tuhan. Itulah ayat 97 tadi, untuk disampaikan kepada Rasulullah SAW..
ReplyDelete----------------------
ReplyDeleteSebab Yahudi anggap Jibril seteru mereka
----------------------
Ternyata, yang menjadi sebab orang Yahudui menganggap Jibril seteru mereka kerana Jibril membawa wahyu kpd Muhammad SAW, tidak kepada mereka. Sedang mereka sangat-sangat mengharap, Nabi akhir zaman yang dibawakan wahyu oleh Jibril itu mestinya daripada golongan mereka, kaum Yahudi keturunan Bani Israel juga. Oleh kerana mereka kecewa, lalu Malaikat Jibril pun dimusuhinya
Kita juga telah mengikuti peristiwa yang telah berlaku di antara Saidina Umar Inul Khattab r.a. dengan orang-orang Yahudi. ketika mereka memperkatakan malaikat Jibril dan malaikat Mikail. Orang-orang Yahudi itu mensifatkan malaikat Jibril sebagai membawa bencana, sdg malaikat Mikail membawa bahagia. Oleh itu, malaikat Jibril mereka musuhi dan malaikat Mikail pula mereka puji.
ReplyDeleteDakwaan sperti itu telah disangkal oleh Saidina Umar dengan mengatakan " Barangsiapa menjadi seteru kepada salah satu daripada kedua-dua malaikat tadi, adalah seteru kepada kedua-duanya sekali. Dan barangsiapa menjadi seteru kepada keduanya, adalah ia seteru (musuh) kepada Allah. " Berbetulan dengan apa yang dihujjahkan oleh Saidina Umar itu, maka turunlah wahyu Allah yang dibawa oleh Malaikat Jibril a.s. kepada Nabi SAW sebelum Saidina Umar sampai di hadapan Nabi - wahyu yang membenarkan hujjah Saidina Umar dan menyalahkan pendapat orang-orang Yahudi yang keliru itu. Demikian menurut riwayat tentang sebab ayat 97 al-Baqarah ini diturunkan.
ReplyDelete