Wednesday, 24 May 2023

Mutaffifin Ayat 21 - Disaksikan oleh Malaikat Muqarrabin

 يَشهَدُهُ الـمُقَرَّبونَ

Yang disaksikan oleh malaikat-malaikat yang didekatkan (kepada Allah). / Yang disaksikan oleh sekumpulan Malaikat, yang didampingkan Tuhan di sisinya.

2 comments:

  1. Ayat 21: Allah ﷻ kemudian memberitahu betapa hebatnya kitab itu.

    ReplyDelete
  2. -----------------------------
    Malaikat Muqarrabin Menyaksikannya
    -----------------------------
    Kitab itu disaksikan oleh malaikat yang hampir dengan Allah ﷻ. Oleh itu, ini bermakna kitab itu berada di tempat yang tinggi, kerana itulah tempat malaikat yang rapat dengan Allah ﷻ boleh melihat dan menjaganya. Para malaikat itu akan lihat keadaan kitab itu, kerana hebatnya kitab itu. Mereka juga menjaganya kerana di dalamnya mengandungi tanda yang mereka yang di dalamnya itu tidak dimasukkan ke dalam neraka. Jadi, ianya umpama seperti ‘surat gerenti’, dan surat sebegini amat penting. Tidak boleh orang yang tidak tentu pasal dimasukkan di dalamnya. Kerana itu ia perlu dijaga rapi.

    ReplyDelete