Wednesday, 24 May 2023

Mutaffifin Ayat 19 - Apa itu Illiyyun ( عليون ) ?

 وَما أَدراكَ ما عِلِّيّونَ

Tahukah kamu apakah ‘Illiyyin itu? / Dan Apakah jalannya engkau mengetahui, apa dia " Illiyyun " itu ? And what can make you know what is ‘illiyyūn?

1 comment:

  1. ---------------------------
    Wajib Belajar Wahyu krn ia adalah jalan untuk memperolehi ilmu yang sahih
    ---------------------------
    Dan apakah yang membolehkan kamu mengetahui berkenaan dengan Illiyyin itu? Memang kalau tidak ada dalil yang sahih, maka kita tidak dapat tahu dengan pasti. Kita tidak dapat bayangkan apakah illiyyin itu, dan kita tidak akan dapat maklumat tentangnya, melainkan dengan wahyu dari Allah ﷻ. Kerana itu kita kenalah belajar wahyu yang memberitahu tentang perkara ghaib. Kita memang memerlukan maklumat yang Allah ﷻ sampaikan kepada kita. Apa pun kita tidak tahu kalau tidak diberikan ilmu kepada kita oleh Allah ﷻ. Ini mengajar kita untuk berharap kepada Allah ﷻ untuk mendapatkan ilmu.

    ReplyDelete